Saturday 13 April 2013

Program Lonjakan PMR tahun 2013





Pelajar Cemerlang SPM 2012


DI Belakang Ayah, Suami dan Al hafiz

Tiap tirai Mghrib
Ibuku, aku dan adik-adikku
Berdiri di belakang ayah di dalam satu saf sembahyang
dan sama-sama mengangkat takbir,
Allahu Akhbar!

Aku dan adik-adikku sama mengadap ayah
menghafal muqaddam dan Quran
alif, ba, ta dan Alif Lam Min
diumur enam tahun
aku dan adik-adikku khatam Quran

Aku baligh, adikku baligh
dan ibu, aku dan adik-adikku berdiri sat saf
dibelakang ayah yang uzur dan sama-sama mengangkat takbir
Allahu Akhbar!

Akupun diijabkabulkan, Bersuami, berumahtangga
dan beranak dan beranak
Dan kini aku dan anak-anakku berdiri di belakang 
suamiku yang uzur yang ayah anak-anakku
mengangkat takbir
Allahu Akhbar!

Ibuku pergi, ayahku pergi dan suamiku pergi
dan kini aku berdiri di belakang anakku
seorang Al Hafiz
Nora- 1 Muharam 1405                                                     

Friday 17 August 2012

Turun ke laut janganlah jemu
Walau mendapat si ikan parang
Jika hidup tidak berilmu
Memang hina dipandang orang

Tuesday 17 April 2012

PROGRAM LONJAKAN PMR DAN SPM TAHUN 2012

Program ini telah di lancarkan pada 27 Februari 2012 oleh pengetua SMK Taman Semarak, Nilai Puan Saadiah Saad .Dalam ucapan  pengetua semasa pelancaran menyebut bahawa tujuan program ini adalah untuk memastikan semua murid calon PMR dan SPM berada pada landasan yang betul untuk mencapai kecemerlangan bagi kedua-dua peperiksaan ini. Dalam laluan ke arah tersebut peranan guru, ibubapa dan murid sendiri adalah penting. Guru dan ibubapa akan memastikan murid-murid berada pada landasan atau laluan yang betul  dengan program-program yang dirancang  dan murid sendiri  mesti berusaha melalui landasan tersebut agar dapat mencapai hasrat yang dicitakan. Kalau salah satu daripada pihak tidak memberi komitmen maka untuk mencapai kecemerlangan akan menjadi sukar.
Terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah sebagai
Taklimat  kepada Kumpulan Calon PMR pada   Mac 2012




Tenaga Pengajar SMK Taman Semarak, Nilai Tahun 2012

Saturday 7 April 2012

Pertandingan PBL Anjuran BTPNNS

Mendapat tempat saguhati peringkat Negeri Tahun 2011 .
Anugerah diterima daripada Dato` Najeeb  Ahli dewan Negara